Pages

07 April 2013

Resepi Rendang Ayam

Rendang adalah merupakan salah satu hidangan yang tidak akan ditinggalkan setiap kali munculnya musim perayaan. Terutamanya Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Haji. Resepi Rendang Ayam yang akan saya kongsikan ini adalah merupakan resepi turun-temurun dari arwah ibu saya. Resepi ini bukanlah resepi 'Rendang Tok' yang sangat popular dikawasan negeri-negeri utara. Tetapi resepi rendang ini mempunyai keunikan dan keenakkan yang tersendiri...

Kelebihan resepi rendang ini adalah, ia menggunakan aroma daun limau purut. Tidak seperti rendang  lain yang biasanya menggunakan aroma daun kunyit.
 

Kalau tak percaya, boleh cuba... Klik link resepi dibawah...

Resepi Masakan Hari Raya... 


02 April 2013

Tips Mudah Rebus Ketupat

Setiap kali menjelangnya Hari Raya, ketupat atau nasi impit sudah pastinya menjadi menu juadah utama bagi umat Islam di Malaysia. Mungkin ada diantara kita yang masih tidak mengetahui bagaimana cara merebus ketupat/ nasi impit yang terbaik. Ketupat atau nasi impit yang benar-benar 'jadi' mempunyai rupa yang padat (tidak kelihatan rupa biji-biji nasi), tidak terlampau keras dan tidak terlampau lembik. 




Untuk mengetahui cara-caranya, boleh lihat di link resepi dibawah...


Resepi Masakan Hari Raya...

20 October 2012

American Lobster Stim

Lama betul tak update Blog Resepi saya nih kan? Dah macam-macam perubahan yang berlaku di Blogspot sekarang nih. Sengaja update Blog lama nih sebab nak 'refresh' semula cara hendak ber'blog di Blogspot. Ok, enjoy resepi terbaru dalam Blog saya...





Bahan-Bahan Yang diperlukan;

1 ekor American Lobster
5 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
2 batang Serai
1 inci Halia
1 keping Asam Keping
3 helai Daun Limau Purut
Sedikit Daun Sup/Saderi
Sedikit Garam
Aluminium Foil untuk membungkus

Cara-Cara Memasak; 

Defrost kan Lobster. Berus badan Lobster hingga bersih dan tidak berpasir. Buangkan tahi Lobster yang berwarna cecair hitam pada kepala Lobster. Sama ada belah dari bawah tengah-tengah badan Lobster, atau gunting dari atas. Bersihkan. Hati-hati, jangan sampai terbuang otak Lobster yang berwarna kuning/oren. Kerana otak Lobster juga sangat sedap selepas dimasak.

13 June 2009

Kerabu Mangga

Sebenarnya ada beberapa resepi yang digunakan untuk membuat Kerabu Mangga nih. Ada diantara resepinya yang menggunakan udang kering sebagai bahan utama yang disebatikan dengan buah mangga. Walaubagaimana pun, resepi yang saya buat ini tidak menggunakan udang kering. Sebab ada diantara ahli keluarga saya yang tidak boleh makan udang, jadi saya buat Kerabu Mangga ni dengan menggunakan ikan bilis goreng sebagai bahan utama menggantikan penggunaan udang kering.



Bahan-bahan

1 biji mangga muda
2 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
12 biji cili kecil
1 genggam ikan bilis digoreng
garam & gula secukup rasa

03 June 2009

Aiskrim Goreng

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama menyepi diblog resepi yang saya bina nih. Dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan blogging yang sudi singgah atau menjadi follower untuk blog ini. Oklah, tanpa membuang masa, ini resepi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca...

Aiskrim Goreng




Bahan-bahan


Aiskrim (perisa ikut suka)
Roti Gardenia
pencetak kuih karipap