Pages

20 October 2012

American Lobster Stim

Lama betul tak update Blog Resepi saya nih kan? Dah macam-macam perubahan yang berlaku di Blogspot sekarang nih. Sengaja update Blog lama nih sebab nak 'refresh' semula cara hendak ber'blog di Blogspot. Ok, enjoy resepi terbaru dalam Blog saya...





Bahan-Bahan Yang diperlukan;

1 ekor American Lobster
5 biji Bawang Merah
4 ulas Bawang Putih
2 batang Serai
1 inci Halia
1 keping Asam Keping
3 helai Daun Limau Purut
Sedikit Daun Sup/Saderi
Sedikit Garam
Aluminium Foil untuk membungkus

Cara-Cara Memasak; 

Defrost kan Lobster. Berus badan Lobster hingga bersih dan tidak berpasir. Buangkan tahi Lobster yang berwarna cecair hitam pada kepala Lobster. Sama ada belah dari bawah tengah-tengah badan Lobster, atau gunting dari atas. Bersihkan. Hati-hati, jangan sampai terbuang otak Lobster yang berwarna kuning/oren. Kerana otak Lobster juga sangat sedap selepas dimasak.


Bawang merah, bawang putih, dan halia dihiris. Serai diketuk, Daun limau purut dan daun sup/saderi diracik.



Belah sedikit bahagian bawah Lobster supaya aroma bahan-bahan boleh diserap kedalam Lobster. Tetapi untuk Lobster yang saya masak pada gambar diatas, saya tidak belah pada bahagian bawah Lobster. Sebab dirumah sewa saya tidak mempunyai pisau yang tajam. Jadi, apa saya buat, saya gunting pada bahagian atas Lobster. Selain bertujuan membersihkan Lobster, saya sumbatkan juga sedikit bahan-bahan hirisan kedalam Lobster menggunakan bahagian atas yang saya gunting ini.



Susun Lobster elok-elok diatas Aluminium Foil. Dan campakkan semua bahan-bahan tadi. Bungkus Lobster tadi, dan bolehlah dikukus selama 20- 30 minit sehingga Lobster bertukar merah.

Dah masak, bolehlah dihidangkan...

Kuah Cicah

Bahan-Bahan; 


4 ulas Bawang Putih
2 sudu besar Jus Lemon
1 sudu teh Lada Hitam
2 sudu teh Ketumbar
Mentega

Cara Masak;

Cairkan mentega dalam kuali. Tumiskan 4 ulas bawang putih yang dihiris halus dalam 3 minit dengan api sederhana. Tambahkan lagi mentega untuk lebihkan kuah. Masukkan jus lemon, ketumbar, dan lada hitam. Biarkan semuanya mendidih dalam 10 minit.
 Siap untuk dihidangkan bersama Lobster...


Resepi adalah ehsan dari 'LubukLobster'... 
Untuk mengetahui cerita lebih lanjut mengenai Lobster, boleh layari 'MainBlog' saya dientri ini...
PENGALAMAN PERTAMA MASAK LOBSTER

0 Komen: