Pages

13 June 2009

Kerabu Mangga

Sebenarnya ada beberapa resepi yang digunakan untuk membuat Kerabu Mangga nih. Ada diantara resepinya yang menggunakan udang kering sebagai bahan utama yang disebatikan dengan buah mangga. Walaubagaimana pun, resepi yang saya buat ini tidak menggunakan udang kering. Sebab ada diantara ahli keluarga saya yang tidak boleh makan udang, jadi saya buat Kerabu Mangga ni dengan menggunakan ikan bilis goreng sebagai bahan utama menggantikan penggunaan udang kering.



Bahan-bahan

1 biji mangga muda
2 kuntum bunga kantan
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
12 biji cili kecil
1 genggam ikan bilis digoreng
garam & gula secukup rasa

03 June 2009

Aiskrim Goreng

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama menyepi diblog resepi yang saya bina nih. Dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan blogging yang sudi singgah atau menjadi follower untuk blog ini. Oklah, tanpa membuang masa, ini resepi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca...

Aiskrim Goreng




Bahan-bahan


Aiskrim (perisa ikut suka)
Roti Gardenia
pencetak kuih karipap

01 April 2009

Bergedel Tauhu

Bagi sesiapa yang suka makan TAUHU, disini saya ada 1 resepi mudah yang hendak dikongsikan bersama anda. Seperti yang kita tahu, bergedel biasanya dibuat dari campuran kentang, bawang, dan daging. Tetapi untuk resepi kali ni, saya telah cuba menggunakan tauhu untuk dijadikan bergedel pula. Nak tahu sedap ker tidak, Marilah cuba sendiri resepi di bawah ini...



24 March 2009

Chicken Chop

Chiken Chop
Bahan-bahan
1 Ekor ayam belah 6 yang telah dibuang tulang (deboned)
Tepung goreng ayam kentuky
2 Biji telur
Sebuk lada
Garam
Minyak untuk menggoreng

Cara memasak
1. Seekor ayam dipotong besar. Hiriskan daging ayam dari tulang ayam tu.
2. Lepas ayam telah di debonekan, perap dengan serbuk lada dan sedikit garam.
3. Pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
4. Celupkan isi ayam tadi ke dalam telur.
5. Tepung goreng ayam kentuky tu tuang ke dalam piring.
6. Gulingkan isi ayam yang telah di celup ke dalam telur tadi ke dalam tepung goreng ayam.
7. Ratakan tepung goreng ayam ke atas isi ayam.
8. Panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana (takut isi ayam tak masak dengan betul kalau api kuat). Bila dah kekuningan warna chicken chop tu angkat dan ketepikan dahulu.

Mee Bandung Muar

Bahan-bahan

1 kg mee besar
1 biji bawang besar
6 biji bawang kecil
5 ulas bawang putih
2 senduk cili kering dikisar
1 genggam udang kering dikisar
air rebusan tulang/ daging (bersama dgn daging yg dah dipotong)
tauhu
sayur sawi
beberapa biji telur
minyak utk tumis
garam & gula secukup rasa

23 March 2009

Pembukaan Resepi Budak Muar Blog

Assalamualaikum...
Setelah berusaha beberapa hari memilih blog, link, nama dan design yang sesuai, akhirnya siap juga 'Web Blog Resepi' saya pada hari ini 23 Mac 2009... Web ini saya bina untuk menyimpan dan berkongsi resepi-resepi lama atau baru untuk sesiapa yang mempunyai hobi memasak seperti saya...