Pages

03 June 2009

Aiskrim Goreng

Pertama sekali, saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama menyepi diblog resepi yang saya bina nih. Dan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan blogging yang sudi singgah atau menjadi follower untuk blog ini. Oklah, tanpa membuang masa, ini resepi yang ingin saya kongsikan bersama pembaca...

Aiskrim Goreng




Bahan-bahan


Aiskrim (perisa ikut suka)
Roti Gardenia
pencetak kuih karipap


Cara Memasak


1. Ceduk aiskrim dengan sudu dan letakkan ditengah-tengah kepingan roti.




2. Ambil pencetak kuih karipap, dan kepitkan pada roti yang dah diletak aiskrim tadi.




3. Kikis lebihan roti yang terkeluar dari pencetak kuih.




4. Bila dah siap seperti gambar dibawah, masukkan dalam bekas dan terus masukkan ia ke dalam freezer. Biarkan semalaman.




5. Untuk menggoreng, pastikan minyak benar-benar panas sebelum menggoreng aiskrim bersalut roti tadi. Keluarkan aiskrim bersalut roti dari freezer dan gorengkan ia hingga kekuningan dan bangkit cepat-cepat untuk elak aiskrim cair.


6. Dah siap, bolehlah dihidangkan...


Selamat Mencuba...


6 Komen:

simpsons said...

kak..nant sye g muar tlg wat bley??yringin r nk rase..dok umah bujang ni x reti nk wat..uhuuh

AkuroSan said...

boleh jerr... tapi nak dtg beritahu 1 hari awal tau... sbb aiskrim goreng ni kita kena bekukan dia dulu sebelum digoreng...

StingRay said...

cilakak....lapar lak aku....



adus dus..

Anonymous said...

nak cuba tapi kut meletup masa goreng...beli mahal..sedapnya.tq

pujah said...

em....wa..sng nyer!
klu bli 6- rm 5.00..
yg da b'baloi2..tq!

nina ricci said...

awk, thanks, bru tau mcm ni rupanye wat ais krim goreng.sng la sgt.tak penah rasa pon.ingtkan jual kat restoran ja, tak sngka leh wat sendiri. btw, biskut oreo tu ape fungsinyer yer?